Google+ Followers

Serius Saya Sedih

Salam Semua
harap korang sihat
macam title kat atas ni
saya memang tengah sedih sekarang




nas tak tahu
kenapa lah hati ni
terasa sakit sangat
then nak marah jer
yelah bukan apa
 bila nas dah rase sakit hati
pas tu nak marah2
akhirnya nas menangis sendiri 
cengeng kan

hurmmmm
sedih dengan  orang sekeliling 
yang tak memahami
situasi keadaan 
yang terjadi pada diri kita
SEDIHNYA
sangat terasa hati
menangis sudah
mengalir air mata ni....
hati lagi lah sakit

moge Allah mempermudahkan segalanya.
tenangknlah hati hambamu ni Ya Allah
aminn

 

Takziah Pada Sepupuku

Salam semua
nas harap kowang semua
sihat AlhamdUlillah
Nas kat sini buat masa ni
alhamDulilLLah di berikan
kesihatan yang ok.

OK korang ce tengok title 
nun diATAS

haiiii apa lah nas ni
citer pasal mati ni
ok2 lah korang cemua
meningati kematian tu elok tau
sekurang-kurangnya kita
boleh mentarbiah diri kita ke arah kebaikan
kita tak tahu kita mati bile
kadang2
TENGAH TIDO pun boleh mati
TENGAH MAKAN pon boleh mati
TENGAH BERGURAU SENDA pon boleh mati
bezanya kita tak tahu 
dengan cara apa kita mati nanti
sama2 lah kita mengingati kematian
sebab kematian itu pasti
untuk kita  kembali ke alam yang sebenar
dunia skrag ni hanya pinjaman sementara
yang kekal nun disana.

ok panjang lebar pulak nas
ni berceloteh
kalah ustazah
huhuhuhuhu

sebelum nas bercerita lebih panjang
sebelum tu 
sama2lah kita sedekahkan
AL_FATEHAH 
kepada suami kepada sepupu Nas
Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan hamba yang beiman



Ok dengan Lafaz Bismillah
nas mulakan cerita nas
kadang2 kita tak sangka
di sangkakan panas hingga ke petang
rupa2nya hujan ditengahari
kusangka kan hubungan berpanjangan
rupanya hanya sampai di sini jejaknya.

bila si suami meninggal kan 
si isteri bersama 2 anak 
yang masih kecil
yang belum bersekolah
apa perasaan korang

IBU KAULAH SEGALANYA

salam semua
eh2
baru tadi update status
ni dah ada yang baru
gile meroyan ker apa
pemilik blog ni
asik nak menaip jer kejenya
hahahhahhaa

ni hahhhhh
nas nas share sikit kat kowang
nun title di atas
nas nak share satu article ni
jom same2 kita layan 
dan ambil iktibar
mame yang baik same2 kita dapatkan yerp
 let's go
sebelum itu
sebut ni ramai yerp

SAYA SAYANG MAK SAYA 
I LOVE YOU MOM VERY MUCH..
 You are everthing for me
thnks Mom

Dah bace kan ok 
jom layan



KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)


Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .

... Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda di FacebOOk anda . Saya sayang MAK saya !!

macam mana
Mesti korang 
nangiskan
macam nas sedih tau..
nas harap kita tak membelakangkan
ibu walaupun kita dah berumah tangga...


sesungguhnya yang baik itu datang nya dari Allah
yang buruk tu dari nas sendiri
salam berjumpa lagi yerppp
  
P/s: Buat Diri Sendiri dan kawan: Hargailah sewaktu ibu bapa masih ada sebelum kita menyesal di kemudian hari



Kenangan Yang Tinggal Kenangan....

Salam Semua
Salam Satu Malaysia
berjumpa lagik yer kita
sihat kerw???
Halamak asik itu jer yang ditanya kan...
ok 2 kasik kelainan sikit ar...



what up Bro
Lu sihat ke ari ni?
wa harap lu orang Semua sihat ar
gua kat sini sihat
apa citer ari ni Bro?
Ade Bahan baekkk kerw?

Hehehehehehehehehe
Ade tak gaya macam rockers
ni kes terpnegaruh cite
TV3 cerekarama tu

ok2
cube korang tengok title diatas
apa yang korang bayangkan
  nas percaya setiap orang pasti ada kenangan
hahhhhh
terindah kerw?
or
tak terindah
ianya tetap dianggap kenangan

sapa tahu apa itu minah karen
haaaaaaahhh
korang mesti label 
kalau yang kerja kilang tu minah karen
hapa kelassss kan
uishhhh2
tak baik tau
ok ape ,keje kilang tak stress
seriuslah
ingat nas main cakap jer ker
sejujurnya
sebelum nas berkerja di tempat Skrng ni
dedulu
nas sebenarnya berkerja di kilang
kat Mana?
Texas.... 
Tahu tak?
mesti fikir sampai ke luar negara
kat Keramat Jer
Texas Instrutments
ahhhhhhhaa
tahu pun
tak tahu buat2 jer lah tahu

serius nas windu 
yang tersangat2 kat member2
kilang ni
serius tak tipu
sekarang ni dah ramai yang lost conct
hurmmm adepun
beberapa ketul yang masih
berhubung
tapi serius tak sama
kalau dulu
boleh gelak2 gurau
sambil buat kerja
haaaaa
gosip ofcz lah kan
wahhhhhh
bestnya
macam nak kembali ke dunia dulu
sangat windu
walau kerja dikilang ade uniform sndri
ianya tetap selesa
uniform macam nak ke bulan
haaaa
korang ade?
hahhahahhhaa
windu windu windu
boleh buat OT berdouble2
keje skrang ni ade
kene kuar cukup time.... uishhhh
nak OT pun tak berbayar
kawan nas yang keje kilang
dah boleh pakai merz
haaaaa
korang mesti tak caya
keje kilang ni gaji besar tau
walaupun pokok amatlah murah
but Bile Ot wahhhhhhh
LUmayan beb
 
 macam nak buat reunion
tapi saya windukan
semua kawan yang berlainan shif
semua shif Dari A-D
saya suke
semua saya serasi
macam mana tu
iskh2
tapi tulah macam title kat atas tu
"kenangan yang tinggl kenangan"
bile semua dah berhijrah ke tempat lain
ade yang balik sabah sarawak
ade yang balik kg masing2
hurmmmmmm
andai masa boleh diundurkan kembali
alangkah bagusnya

bile time dapat gaji
hamboi2
berijimba2 sakan
kat dalam satu kilang tu
dah macam keluarga besar nas
SENSATA TECHNOLOGY
sangat bangga 
kerja kilang dulu.
biarlah orang nak kata
kerja kilang ni macam2
But nas tetap nak kata
Keje Kilang Memang Kelasss
hihihihihihihihihiii
korang tak pernah rasa
kalau kau orang rase 
mesti korang pun bagi



korang jangan ingat 
yang keje kilang ni tak ada kelulusan
fikiran korang kolot kalau korang anggap macam tu
orang yang keje kilang pun ade degree master
yerrr....
buktinya kawan nas
dia master dari luar negara
but dia dah pernah hantar resume kat mane2 
tapi tak ade yang ambil pon keputusannya
dia kerja kilang
apa masalahnya
korang nak kate bukan2 kan
ingt tu jangan nak padang remeh 
tentang Minah Karen  or mamat karen 
ok
sekurang-kurangnya
kami ada ilmu
ade kemahiran
dan ada jugak pengalaman 
haaaaaaaaahh korang ade?

ok lah sampai kat sini jer nas nak berceloteh
sowie la yerppp kalau 
ade sesiapa yang baca blog ni
terasa hati
nas tulis dari apa yang nas rasa.
sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah
yang buruk tu dari Nas sendiri.
Maap yerppp


ok jumpe lagi dilain entri

byeee uloss


salam.

Pembantu Rumah Naik Tocang...

Salam kawan
dann selamat pagi
sihat ker????
alhamdulillah sihat..
nas alhamdulillah juga dah beransur sihat.

banyak betol isu 
yang tercetus dinegara kita ni
kes culik budak
kes bunuh
hurmmmm
rase macam dah tak selamat dah duk kat
tanah tumpah darah ku ini.
apa pun nas percaya
pihak yang berkuasa
dah menjalankan tugas2 nya
sebaik mungkin
Saya tabikkkk.


Takziah jugak keluarga Dirang
Arwah Adik Dirang
Moge dia ditempatkan
dikalangan hamba yang beriman.
same2lah kita sedekahkan
Al-Fatehah 
 
pada Keluarga Dirang
banyak2 bersabar
mungkin ini dugaan yang Allah nak beri
sedih betol dengan kejadian ni
moga orang yang tak berperikemanusiaan ni
dicekup dan diadili
dengansecepat nya.


Oklah seperti title diatas.
semua orang tahu

"Pembantu Rumah Naik Tocang?"

iskh2
apa tu Nas?
hahhhhhh
korang tak tau kerw?
iskh2
ok2 takpe
nak sahre satu cite kat kowang ea
sharing is carring apa....

nun title diatas
betol dah naik tocang
nak tau kenapa?
tugasan sebagai pembantu rumah
Dah RM 700.00
wahhhhhhh
banyaknya
berbaloi kerw nak bayar tu
kalau kerja pun di hadkan
untuk satu tugas saja

ehhhh
kornang tak faham ea
sowie2 k nas terangkan yerppp

exp: kalau si pembantu rumah ni
diambil berkerja dirumah andalah kan
dia dihadkan untuk jalankan satu tugas jer
kalau die masak... so keje lain dah tak leh buat..
kalau die kemas rumah pun same 
jage baby pun hanya untuk jage baby
dalam erti kata lain 
hanya satu tugas saja 
tak leh usik kerja lain pun


wahhhhhhh
senang lenang betol yerpppp
kalau korang nak ambil Maid
kenelah ambil 3 maid
yelah nak suh maid ni
maid 1: memasak
maid 2: mengemas rumah
maid 3: jage baby (kalau korang ada anak kecil la yer)
i maid dah 700X3 orng maid= RM2100.00 sebulan
iskh2 rabak dah poket kat ctu
ok finelah kalau dikalangan mereka ni bergaji puluhan ribuan kan
don't care pun semua tu
tapi kalau nas ni
ofcz sgt tak setuju....
macam tu nas pun nak jadi maid

sgt tak sesuai gaji seorang maid
yang bertugas kat umah.
kalau kat ofis ofcz kita tahu
tugas2 dieorang mmg wajarlah dia dapat gaji tu

contoh kalau kita ambil maid
untuk bahagian memasak
kalau kita gi krusus
tentu2lah kita tak makan kat umah kan.
habis masa kita pergi kerja
dia buat apa?
tak kan dari pagi dia masak jer kot...
nak buat makanan tu berapa stok?
iskh2
entah tengahari dia masak untuk diri dia
pas tu malam panas kan untuk kita.
yelah kita ni kerja
lunch ofcz kat luar
petang baru balik.


ok kalau 
kita ade krusus 
die buat apa pulak
kira hari tu die cuti la yerpppp
iskh2 melampau lampau
opssss
sowie teremosi lah pulak....

Nas rase
dah tiba masanya
kita kene bukak 
luas2 seluas luasnya
dari kita membazir
nak bayar pembantu rumah
apa kate kita jadikan diri kita
ni rajin sikit
oklah kalau taknak kemas umah pada hari berkerja
kemas lah pada hari cuti
kemas bersama2 dengan pasangan.
hurmmmm
macam nas buat skrng
kalau nas masak husben yang cuci dan sidai baju
bila menyapu husben yang mengeop lantai
kan mudah tu
semua kerja
jadi mudah
hubungan pun menjadi rapat.
kan2

tentang babysiter tu
kerajaan kene buat satu tempat kerja
mesti ade satu tempat babysitter
yelah  tak kira lah keje mane pun mesti ade tempat untuk
anak2
dan tentunya parents pon tak risau dengan anak2
yang sentiasa ada jer kat sekitar mereka.
balik kerja pun sekali jer
tak payah nak transit sane sini
betoi tak.....
nak kene ot kerw
tak ada  masalah
mutu kerja pon bertambah2
tak adalah masalah cuti meleret2 kan
berkerja sambil carry anak
sangat2 sesuai tau korang
MAKSUD NAS BUKANLAH MASA KERJA TU CARRY ANAK
maksud nas masa gi kerja tu sekali dengan anak
htr anak kat bby sitter
then masuk kerja... tak ada masalah masuk lambat

macam kat luar negara babysitter free ok
hahaaaaaaaaaaa
bestnya
kat sini kene buatlah tpt bbysitter
kat tmpat kerja.
safety
yelah apa2 kes tak payah nak ambil excuse nak keluar
kalau satu bangunan hurmm
tentu2lah
terus bergegas kat tpt situ.
Macam Sime Darby
ade tempat babysiter
then sebab itulah
compny diaorang maju
SEBAB APA?
sebab pekerja diaorang tak risa tentang anak2
kerja pun tak payah nak cuti sangat
atttendent ofcz tak merah memanjang.
suke2
hihihihihi


ade sape2 suke
cadangan nas ni
kalau suka senyum sampai ketelinga ok
macam ni hahaaaaaaaa




ni manyak suke ni
semua gigi nampak
hihihihihi




aiyakkkkkkk
tucing pun cuke sama wa punya idea
tucing pun tucing la.....
JANJI MEOWWWWWWWW
hihihihihihihi


ok lah sowie lau nas ade terkasar bahasa
or ade yang menguriskan hati sesiapa
sesungghunya yang baik tu datang nya dari Allah
yang buruk tu dari nas sendiri.


ok salam
jumpa lagi dilain entry yerpppp


byeee





Apa Yang Korang Faham

Salam semua
berjumpe lagie yer kite
huhhuhu
seperti biasalah hope kowang cemua
cihat sokmo
Nas?
still macam ni demam 
masih tak mo ilang
why?
i don't know
my kurang vitamin kot.


ok 2 kali ni seperti itle nun diatas
apa yang korang fahm?
sebenarnya nas bercerita tentang ni hah...



hah nun diatas apa yang korang faham
Hati...

bak kate orang kalau berkawan
kita kenelah jage hati kawan2 kita kan2
kalau nak hati korang dijage jugaklah
kalau rase na sakit hati buatlah perngai
yang memang buat orang menyampah.
geranti
korang sakit hati
tak tahulah kalau korang ni
jenis hati kering
orang buat apa pun
macam tu jelah
hahahhahha


ok kadang2kan
kita nak sangat 
hati kita ni cakap yang baik
tak adalah buruk sangka kat orangkan
huhuhuhuhu



dan kan best 
kalau kita dapat bace hati orang
kalau dia tak puas hati kat kita 
boleh lah kita tahukan
hahhahahaha
alah macam citer
soal
"Apa Kata Hati"
alah yang raja Farah Berlakon
tu apa korang tak pernah tengok
iskh2 yang Ade awie berlakon tu
haihhhhhh tak tahu agi
hah ni die


tak tahu jugak
pergilah beli CD die
gerantilah korang akan tahu 
nas suke ayat die
"kalau awak rindu saya tengoklah KLCC" 
KlCC tu kan sepasang macam kite"
hehehhehhe
best kan

hurmmm
tulah kan kata hati tak ada sape  yang tahu
kadang2
hati kita berbicara
seolah macam berbincang dengan kita
kita yang tafsirkan
dan bermonolog dalam diri
kalau melibatkan kesedihan Ya Allah
memang sakit
nas teringat balik
kat arwah kawan nas
dia pernah cakap kat nas

"nas kau tahu tak hati kita ni hanya Allah saja yang tahu
sebab tu hati aku selalu  berbisik pada Allah (SOLAT)
sebab penawarnya hanya dia  pendamping yang paling aku percaya"
"kawan macam mana rapat pun, adik beradik pun... tak sama macam
Allah Buat pada kita
dia Lebih Memahami"

sangat rindukan 
kawan nas ni
moga dia ditempatkan 
dikalangan hamba yang beriman
amin

bila kita bicara tentang hati
ade yang cakap
ikut hati kecil jangan ikut kata hati besar 
hurmmm
yer ker
 apa yang pasti
kita tak tahu apa yang orang bercerita tentang kita
hati orang tak siapa tahu
andai baik diperkatakan tentang kita alhamdulillah
dapat pahala pada dia
tapi bile benda buruk di kata pada kita
itu antara dia dan Allah
Nas tak boleh nak hukum pun
just memaafkan kesilapan orang
walaupun sakit hati kita ni
tak siapa yang tahu
sekian

 salam

bye uols 
 





Jom Kita Imbas Kembali

Salam semua
hope kowang semua sihat yerpppp
nas masih lagi
demam 
tak tahulah kenapa meleret demam
nak masuk 3 bulan
Alhamdulillah
ini ujian yang Allah bagi pada Nas 
alhamdulillah

Ok lah 
tak payah sangat nak
pening kepala memikirkan
kenapa demam nas ni lama sangat k

ok masa tecik2 dulu
kowang ade dengar kan cerita ni

"RUMPELESTIKIN"
hahhhh
apa macam ade kan
bukan setakat ka buku cerita jer
kat TV pon ada main dalam cerita carun 
kn kan kan 
ok lah kalau kowang lupa
mailah nas tolong ceritakan semula
nas pon same gak
nak mengimbas sejarah
masa tecik2
huhuhuhuhuu

RUMPELSTILTSKIN

Suatu masa dahulu, ada seorang petani yang tidak mempunyai apa-apa kecuali anak gadisnya yang cantik. Suatu hari, dia menghadap raja dan memberitahu raja bahawa anaknya boleh memintal jerami menjadi emas. Raja menjawab. 
 "Beta ingin menemui anak gadismu! Bawa dia keistina esok".
Apabila gadis itu tiba, Raja membawanya ke bilik yang dipenuji jerami. 
  "Kamu mesti memintal jerami itu menjadi emas. jika tidak, kamu akan dihukum". kata raja. kemudian raja pun pergi. Gadis itu melihat jerami yang ada dan mula menangis. , kerana dia sebenarnya tidak boleh memintal jeramiu menjadi emas.
   Tiba-tiba seorang lelaki kerdil yang aneh muncul. 
    "Mengapa kamu menangis?" Tanya nya.
    "Raja menyuruh saya memintal semua jerami ini menjadi emas, tetapi saya tidak tahu bagaimana!" katanya menangis.
     "Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku memintalnya untukmu?" tanya lelaki kerdil itu. Gadis itu memberikannya rantai, dan dia segera memintal jerami menjadi emas.
  Pada hari berikutnya, perkara yang sama berlaku, Kali ini gadis itu memberi lelaki kerdil itu cincinya. Tetapi pada hari ketiga, gadis itu tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan. "Jika begitu kamu mesti menyerahkan anak sulung kamu" kata lelaki kerdil itu lagi. Gadis itu tidka dapat  memikirkan cara lain, maka dia pun bersetuu.
   Raja amat gembira dengan semua emas yang diperolehi lalu mengahwini gadis itu. Mereka gembira berasama. Setahun kemudian, Mereka mendapat seorang bayi comel. Permaisuri lansung lupa tentang lelaki kerdil yang anej itu, tetapi suatu hari dia muncul untuk mengambil bayi itu.
  Permaisuri tidak tergamak untuk menyerahkan bayinya. Dia menawarkan lelaki kerdil itu semua wang dan permatanya, tetapi dia enggan menerimanya.
    "Janji tetap janji" katanya. Ketika itu,  Permaisuri mula menangis. Akhirnya, lelaki kerdil aneh itu berkata
    "Jika kamu dapat meneka namalu dalam tempoh 3 hari, aku akan benarkan kamu memelihara bayi kamu".
  Permaisuri meulis senarai nama yang diketahuinya, dan dia menghantar utusan untuk mencari nama lain. Selama dua hari permaisuri membacakan semua nama, tetapi semuanya salah. 
  Kemudian, seorang utusan tiba. Dia memberitahu permaisuri bahawa dia ternampak seorang lelaki kerdil yang aneh didalam hutan menyanyi, 
  "Rumpelestilskin ialah namaku!"
Apabila lelaki kerdil itu muncul keesokan paginya, permaisuri bertanya,
   "Adakah nama kamu Henry?" 
   "Bukan!"
   "Adakah nama kamu Julius?"
   "Bukan!"
   "Adakah nama kamu Rumpelstiltskin?"
lelaki kerdil itu marah.  Dalam kemarahan. dia menghentak kakinya ke lantai dengan kuat sehingga ia pecah. Dia terjatuh ke dalam lubang itu dan tidak kelihatan  lagi selepas itu.


Sekian
itulah cerita yan nas 
ambil dari sebuah buku 
siri cerita dongeng ternama
penterjemah dari : Azwani Abdul Ghani


hahahahhhhhhhh
bestkan
lama dah tak dengar cerita zaman dulu kala ini
bet pulak 
macam teringat2 jer
zaman kanak2
bestnya kalau masa ni bleh diundur kembali...


ok jumpa lagi yer
dilain entry


salam