CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Jumaat, 13 Jun 2014

Sayang Zafri


Assalamualaikum dan selamat pagi, moge hari ni lebih baik dari hari semalam. Lama dah tak menjenguk blog nas ni. Sejak dua menjak ni busy memanjang. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Dia seorang yang periang. dia seorang yang comel, dia penyeri bagi keluarga kami. Keletah nya sering menjadikan kami teringat-ingat padanya.  itulah anak buah nas.. Zamir Zafri 1 Tahun 8 Bulan. suke tengok Bulu mata dia memang kalah perempuan. sangat cerdik. 

tapi sekali lagi kami dikejutkan dengan sesuatu yang tak terjangka.
      Allah menguji kami dengan sesuatu yang kami rasa amat berat untuk dipikul. Apatah lagi ibu bapa beliau. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Anak bijak Anak cerdik di duga sekali lagi penyakit yang mulanya adalah beguk dan 
  zafri terpaksa di operate untuk dapatkan sample bagi mengenal pasti penyakit ape. dan dada zafri perlu di operate sedikit bagi membuat port untuk kimoterapi nanti.  sayu hati lihat tubuh kecil diduga sebegitu ...zafri kne kuat yer sayang...

   dari hari ke hari kami sekeluarga masih menunggu keputusan sample dari pihak Hospital. dan pastinya ibu bapa Zafri lebih tertanya apa keputusan yang Dr akan beri

 dan kali ni bile sample sudah di ambil dan Dr mengesahkan Kanser Tahap 3. mase ni aku kat tempat kerja husband htr sms. bile dapat tahu menangis aku dibuatnya. Ya Allah moga Allah sembuhkan Zafri cepat. x sanggup tengok dia macam tu..

      tiap kali nas pi melawat kat HKL tak sanggup nak tengok zafri dalam keadaan macam tu. tak terdaya tapi aku kne tabah jua.. tengok adik ipar aku lagi aku bertambah pilu. Allah menduga beliau dengan ujian ini. Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluaga.

     "Zafri sayang... zafri kene kuat yer sayang, Zafri kan budak pandai... kami semua sayang Zafri  Mak Lang & Pak Lang sayangkan Zafri.. zafri cepat sembuh yer... "



    Selepas ni Zafri memerlukan Kimoterapi sebanyak 14 kali. Moga Zafri cepat sembuh.


 

Sedih   meleleh air mata ni time tulis blog kali ni... Ya Allah tak tahu nak rungkai macam mane. Kawan kawan tolong doakan kesihatan anak buah nas yer... semoga anak buah nas kembali sihat dan Allah permudahkan segalanya Amin.


                 "Zafri Kene Kuat Tau.. Kami Semua Sayang Zafri"