CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Ogos 2014

Kunang-Kunang Syurga


Assalamualaikum 
hope kawan2 yang sudi singgah blog nas ni sihat semuanya. mesti skrang masing-masing sibuk beraya lagi kan. yelah kan raye kan sebulan. masih sempat lagi nas nak ucap selamat hari raya pada kawan-kawan semua. Maaf Zahir Dan Batin

                                   

La Tahzan Innallaha Ma'ana



Pekara yang paling dinanti oleh pasangan yang telah berkahwin pastinya adalah "Cahaya mata"  kiranya bila mendapat perkhabaran ni masing-masing mengucap syukur. tapi jangan dilupa  sepanjang 9 bulan ibu yang membawa perut ada yang menghadapi pelbagai situasi " morning sicknes" 

                           macam macam ragam ada yang mabuk teruk sehinggalah di kejarkan
                                     kehospital dan masuk air cz sering kali muntah
                          ada pulak yang tak boleh bau suami mula la loya
                                  ada juga yang tak mengalami apa-apa situasi hanya mahu makan sahaja
                       dan ada pulak yang jadi pemalas yang amat


But suami mestilah kene faham situasi isteri. si isteri tak mintak untuk mintak semua tu dan bukanlah perkara yang dibuat-buat.   tak lebih itu lagi adakalanya benda-benda pelik yang diminta. 

9 bulan perjalanan bayi di dalam perut yang di kendung bukanlah masa yang sekejap. ibu dapat merasa dia menendang macam-macam  yang dibuat ibu yang rasa kadang-kadang ibu yang sedang tidur pon boleh terjaga. tapi demi cinta suci ibu sanggup lakukan segalanya. demi untukmu anakku


            Seminggu yang lepas baru sahaja nas sms dengan kawan nas bertanyakan khabar nya. sempat lagilah aku tanya kan dah dapat nama anak belum... apa lagi aku pon sibuklah nak jugak bagi nama yang best2. yelah manalah tahu si ibu berkenan nama yang diberi. sempat jugak bertanyakan jantina pada baby yang bakal lahir nanti. si ibu ni tak tahu apa jantinanya. apa tidaknya bila scan asik kepit sahaja. huh baby malu-malu nak beritahu..


               tapi....................
sayu hati nak teruskan .. tapi bagi pihak yang menilai cuba nilaikan apa yang nas nak sampaikan,, wajar @ tak wajar 


hari jumaat lepas 8/8/2014 nas di kejutkan berita dari kawan nas.. dan beritahu adiknya dah bersalin tetapi bersalin dirumah hanya berteman kan si suami yang tidak tahu apa.

     kes sebenar kawan nas dah sakit dan dibawa ke hosiptal Sg Buloh  pada pukul 10.00 malam. dan Dr cek pesakit yang kesakitan tu pada pukul 4 pagi... dan  pukul 6 pagi disuruh pulang ke rumah. mase tu kawan nas ni dah sakit-sakit. tapi Dr suruh balik jugak... nak tak nak balik la... nak duduk mana kan mase sakit-sakit ni.
bila kat rumah masih lagi sakit.  
   apa yang nas pelik kenapa disuruh balik padahal masa tu pesakit memang dah sakit nak bersalin. tarikh due yang sebenar 9/8/  hari jumaat 6 pagi disuruh balik kerumah..
   DAN yang terjadi kawan nas terbersalin dirumah disambut oleh suami sendiri yang tidak  tahu apa-apa. si suami panic. baby keluar tapi tidak menangis. call ambulnce. ambulnace sesat sehinggakan dihantar ambulance kedua berserta dengan dr pakar. Bila dr sampai sahaja terus ambil baby. masa tu baby dah lemah sangat. keduanya dihantar ke hospital. baby di masukan ke ICU. Cz nadi baby dah lemah. bermacam-macam wayar terpasang di tubuh kecil yang tak tahu apa. si ibu (kawan nas) dah menangis. yelahkan anak yang dikandung 9 bulan kini berada di zon kritikal.  petang sabtu kawan nas dah boleh keluar but baby masih di wad icu. Masih tiada respon dari baby.  apatah lagi mahu dengar suara lantangnya menangis. si ibu masih menanti si anak buka mata dan tatap wajah mama yang masih mengusap tubuh si kecil dengan harapan anaknya dapat diselamatkan. setitis air susu pon masih tidak sampai ke tekak anak kecil itu.  baju baju yang lengkap disediakan di beg lansung tidak disentuh. segala barangannya tidak sempat di pakaikan pada tubuh si kecil. si kecil masih di letakan di tempat khas untuknya dengan wayar berselirat dari atas kepala hingga ke hujung kaki semuanya diletakan wayar, sayu hati ibu melihat. 
   petang sabtu baby masih begitu tidak memberi sebrang respon. sehinggalah Dr memberitahu Baby tidak ada harapan untuk hidup dan bila bila masa boleh pergi.  hati ibu mana tak luruh bile perkhabaran gembira di nanti hanya perkhabaran sedih yang di dapat. 
apa pun masih berharap agar keajaiban berlaku . di harap agar  bayi nya dapat melihat dunia. 
  pukul 3 pagi kawan nas beritahu kakaknya  "Long baby dah tak ada" masa tu tangisan sedih bergema di 14Syawal. sedih sangat. kita yang melihat sedih tapi apa pulak dengan si ibu yang kehilangan bayinya yang tidak sempat di peluk di dakapan, tak sempat diberi kemanjaan, tak sempat melihat si kecil membuka mata melihat mamanya yang melahirkan, tak sempat untuk semuanya. 
   sedih tak terkata tak tahu nak di ungkap bagaimana. tapi bila di fikirkan kembali kawan nas pastinya rasa lebih sedih.  anak yang dikandung 9 bulan hanya di beri 2 hari di beri pinjaman dari Allah. dan kini menuju ke syurga abadi. 

    Syurga tempat mu wahai anak kecil 
Pada kawan nas moga tabah melalui hari-hari yang mendatang.  memang hebat dugaan yang kamu tempuhi tapi sabar dan redha la permergian anakmu. 


Nur Aisha Damia binti Hisham dilahirkan dirumah dan disambut oleh bapanya sendiri. dengan berat 2.89 disahkan meninggal pada 10/8/2014 di Hospital Sg.Buloh pada Jam 3pagi. 
 Al-fatehah....